Sunday, 21 October 2012

MINUMAN PANAS

salam...
hai..skrg ni asyik hujan jer..tu laa yg ssh nk berganjak dari katil yg empuk ag selesa ni..
cam duk kat oversea lak sejuk2 ni.. hehehe
biase laaa hujung2 tahun ni mmg musim tengkujuh.. hujan sana sini.. and banjir sana sini.. nasib baik umh sy kat tanah tgi.. kalau x dah tenggelam dah.. padahal umah dekat jer nga sungai utama tu.. mintak jauh ler.. hehe
 hurmmmmm.. kalau dah sejuk2 ni.. mesti laa fabulous minum air panas..
jom pekena air coklat panas.. sedapnyer!!!..
haaa.. cakap sal coklat panas  ni.. nak tauu x,coklat panas ni mmg banyak khasiatnyer.. dulu masa minum air suke hati x tau ape zat2 mknn n minumn ni asyik dgr org ckp coklat ni menggemukkan..
SALAHNYER...
sebetul2nyer.. coklat ni langsung x menggemukkan.. coklat yg megemukkan ialah coklat2 yg manis cam cadbury tuuu...kalau coklat gelap cam van houten ni mmg x menggemukkan.. nasib baik sy ni penggemar coklat hitam gak.. jom tgk per khasiat dia..(copy paste info cikit)..


Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.


haaa.. yang paling sy suke.. advantage yg last sekali.. anti penuaan...nak maintain muda laaa..x nak kedut2.. nanti cik abang lari.. heheheeh..k daaaa.. nk menikmati coklat panas masa hujan2 ni.. syoknyer!!! =)


No comments:

Post a Comment